Dunia yang aku suka…

Hampir 5 tahun aku bergelumang di dalam dunia industri penerbitan dan walaupun usia ini boleh dikatakan tak lama mane pun, tetapi, banyak benda yang aku boleh belajar dan mengambil iktibar.

Perkara paling jelas sekali apabila di dalam industri ini adalah, kita tidak bekerja solo. Kita sentiasa bekerja dengan orang. ‘Orang’, bunyinya pun dan gerun da… Orang dan perangai… Memang macam mana kita sabar pun, ade sesetengah orang kita kene kasi sebijik sikit. Tidak kira tua atau muda daripada kita, kalau sampai tak respect kita, memang aku akan terus sound. Itu cara aku, aku bukan jenis orang akan berdiam diri dan senyap takde pendirian. 

Aku boleh bagi satu situasi yang aku boleh kata agak cliche didengari tetapi perkara ini aku  hadapi di sebuah syarikat produksi bertaraf antarabangsa yang terletak di ibu kota. Situasi yang aku hadapi ialah situasi orang yang anggap dirinya dah senior daripada kita walaupun jawatan dia dalam produksi merupakan jawatan paling rendah sekali lah… Pada masa itu, jawatan aku adalah Writer. Bukan bidang yang pakar sangat, tapi boleh dibuat dan disiapkan.

Ok lah sambung cerita, kita letaklah nama orang yang berlagak senior ini adalah S. S ni baru je buat 2 program, jawatan rendah tu lah. dan dia ingat dia boleh sound orang suka hati. Nak tanya kenapa datang lambat, tanya kenapa soalan begini, soalan tak cukup pandai dan sebagainya… Muda daripada aku pun. Dah pandai berlagak.

Semua budak asik mengata budak ni dibelakang. Cerita semua aku dengar tentang S ni, semua kejadian yang aku takde kat situ. Jadi aku buat langkah, selagi dia tak mess dengan aku selagi aku tak bercakap apa-apa. Juga aku tak sound melulu, aku sound bile aku rasa perkara tu NON OF S BUSINESS!

Nak dijadikan cerita aku lewat ke kerja dan semestinya bila lewat ada bersebab dan paling penting memberitahu superior mengenai perkara ni. Superior takde hal, sebab malam tu pun aku tido lewat buat kerja, jadi win-win situation la…Yang melebihnya si S ni. Sound aku macam la dia ni Manager kat situ. Apa lagi aku dengan kurang ajar nya menjawab NON OF YOUR BUSINESS. Maka, dipendekkan cerita, terkedu la Minah ni tersentap dengan teguran aku…. Terus diam dan sampai habis kontrak, langusung tak berani nak belagak senior dengan aku… Tapi si S ni masih dengan perangainya dengan tunjuk Senior pada budak2 lain…Well, itu bukan masalah aku…

Kesimpulan cerita ni, walaupun kau memang lama bekerja kat syarikat tu, kau patut ukur diri kau sebelum nak tegur orang lain. Kita tak tahu background mereka, jadi jangan la rasa hebat sangat  kalau hanya setakat stepler kertas je ya!

Advertisements
Published in: on November 22, 2012 at 2:03 pm  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://shazerina.wordpress.com/2012/11/22/dunia-yang-aku-suka/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: