sudah cuba yang terbaik…

beberapa hari lagi hari itu akan tiba…
kadang-kadang aku terfikir kembali, betulkah tindakan aku ini? atau aku sekadar mengikut perasaan?
tapi apabila esok, lusa dan hari-hari yang berikutnya, apa yang aku hadapi adalah sama, tiada perubahan, tiada penyelesaian, tiada jawapan…
aku cuba membuat yang terbaik, aku mahu membuat yang terbaik, tetapi semangat itu sepatutnya tidak dipikul aku seorang, semangat ingin membuat terbaik sepatutnya dipikul oleh setiap pasukan…
jika aku sahaja yang teruja, tak berguna… ini adalah kerja pasukan…
pun begitu, hari demi hari aku tengok keadaan makin kabur, semangat aku patah, macam tak pernah aku cuba bangkit kembali, tetapi sekali lagi benda-benda hitam ni menundukkan aku… dan aku sedar, pencapaian aku tidak seperti dahulu…
oleh itu aku sudah buat keputusan, elok lah aku mengundur diri, daripada aku menyimpan dosa dengan mengutuk dan memarahi keadaan disekeliling aku… baiklah aku pergi, rezeki aku mungkin diluar sana, aku cuma berusa dan bertawakal…
aku rasa setiap orang mesti buat perubahan pada dirinya, dan kali ini aku tak kan patah belakang lagi, aku mahu memajukan diri aku, aku akan cuba buat benda yang baru, aku akan sahut cabaran baru… aku tak mahu berada ditakuk yang lama, hanya tahu mengeluh, mengadu, tetapi akhirnya, orang-orang kesayangan yang akan menang, orang yang kaki kipas dapat apa yang mereka mahu…
aku tak faham, mereka memberiku seribu satu nasihat, supaya aku jangan berputus asa, jangan menyalahkan individu, aku boleh berubah, tetapi adakah nasihat-nasihat dan perubahan itu sampai kepada orang-orang tertentu?
kali ini, aku redha pada ilahi, mungkin ada orang yang boleh menggantikan aku, mungkin orang itu dapat menyelesaikan perjuangan aku yang tidak selesai, sekiranya orang itu berjaya, akan betul2 tabik kerana aku tidak berjaya.
sekarang ini tiada lagi hilai tawa seperti dahulu, sekarang ini tiada lagi bermuafakat dan saling tolong menolong seperti dahulu… sekarang ini semua mahu menyelamatkan diri masing-masing, salah kan orang itu, salahkan orang ini, tapi bukan diri sendiri…
kali ini, aku akan memcuba peluang baru, di tempat baru, suasana baru, teman2 baru… mana tahu mungkin di tempat baru itu adalah destinasi ku?
kita tunggu dah lihat…

Published in: on August 25, 2009 at 8:57 am  Comments (1)