evolusi donut Malaysia

2418927212_6c48a62db7

korang peminat donut? kalau korang tanya aku, aku ni boleh katagorikan diri aku sebagai penggemar jenis amature, maksudnya aku ni baru-baru ni jek minat nak mkan donut. kenapa aku tak suka makan donut? sebab bagi aku, masa kecik-kecik aku tengok donut ni takde variety, ye lah kalau tengok kat kantin sekolah aku tuh dorang goreng je, pastu letak gula halus… lepas tu kalau aku gigit, gile banyak minyak. rasanya? rasa minyak manis… ewww tak sedap… tapi ra-rata kawan aku sume suka sangat beli dout. maybe sesuai dengan anak tekak dorang kot…

73490923_b80fe39376

Dunkin Dougnut Bavarian

btw, bile aku besar the first donut yang buat aku nak makan balik is donut dari Dunkin Doughnuts. sebab apa? sebab first nya ialah Dunkin dougnut mempunyai pelbagai jenis dougnuts. kepelbagaian warna dan perisa merupakan salah satu faktor yang buat aku teringin nak makan. perisa kegemaran aku? bavarian.

430469580_6c6566f93f

Dunkin Doughnuts

fuh… memang sedap abeh. eventhough dibahagian permukaan donut bavarian ni sama sahaja seperti donut di kantin sekolah aku dulu ( kecuali tiada lubang di tengah-tengh) tetapi custad di dalam emmmphh habis. dah la sedap, tak manis tak tawar, banyak pulak tu. makan satu je dah kenyang.

lepas tu dah lama-lama aku rasa dah jelak la pulak makan dunkin ni. pada pendapat aku, dunkin ni cepat habis, dah yang paling tak best, takde pun donut bau. dari dulu sampai sekarang sama perisa je… itu yang buatkan aku melupakan dunia donut ni balik… hehehe…

mungkin dulu aku rasa dunkin doughnut ni boleh concidered as the only variety doughnuts yang bermaharaja lela di Malaysia. tapi sekarang ni kedai doughnuts di Malaysia ni boleh di ibaratkan seperti cendawan yang baru tumbuh. Antara yang menjadi pesaing kepada ‘raja’ dunkin doughnut kita ni sekarang adalah

298572345_9811d5ce5f

J.CO Donuts

spaceball

bigapple

big apple doughnuts

big apple doughnuts

Big Apple Doughnuts and J CO Doughnuts. setahu aku kedua-dua francais donuts ini boleh dikatakan dibuka pada tahun yang sama. Sebagai penggemar amature donut aku tidak ketinggalan untuk merasa kedua-dua francais ini. Apa kelebihan doughnut ini? erm.. jawapannya lu rasa la sendiri. selagi tak rasa macam mane nak bezakan yang mana sedap yang mana tak kan? but apa yang aku boleh kata aku ada fabourite doughnut aku sendiri di kedua-dua francais doughnuts ni.

alien choc!yummy!!!

ha… ini lah donut kegemaran aku di Big Apple. Alien Choc namanya kalau tak silap aku. ha, kepada sesiapa yang chocoholic tu saya sarankan makan donut ni. giler tu, dalam pun ada creamchoc lagi… giler la… meleleh-leleh kat bibir aku. aku kasi donut ni 5 bintang!

Menthol Green

Menthol Green

Gambar kiri: merupakan antara donuts yang ada di J. CO pulak. yang mane satu menjadi obsasi aku agaknya… warna hijau tu ataupun Menthol Green. Kenapa sedap sangat? sebab dia ada mint yang ditambah dengan coklat crispy… peh… combinasi yang sangat baik…. sangat sedap! berapa bintang? 5 bintang!!!

hari sabtu baru-baru ni aku bersama B-san pi lepak kat Times Square. Dok pusing-pusing cari makan sementara menunggu wayang Terminator Salvation ( 4 bintang), kami berjalan di sepanjang deretan bahagian luar Times Square. Tup2 ternampak satu lagi francais donut… apa pulak kali ni?

krispy kreme doughnuts

krispy kreme doughnuts

apa yang istimewanya pulak krispy kreme ni… bagi pendapat aku adalah di mana francais ini mempamerkan pekerja mereka to public? macam mane tuh?

the making of krispy kreme

the making of krispy kreme

macam pameran kan? persoalannya di sini, customer2 sume macam perak gile tengok the making of donut ni, termasuk lah aku… ye lah kan dorang betul2 menjaga kualiti donut, dari segi saiz dan kemasakan donut tersebut, yang mana yang tak sama atau tak menepati ciri-ciri piawaian yang ditentukan, maka di tong sampah lah tempat donut2 tak siap tersebut.
ermmm.. apa yang menjadi kelainan kepada donut donut ini ialah kerana sebelum diletak pelbagai perisa di atas permukaan donut, donut dari krispy kreme ini akan disalut dengan gula
kemudia baru akan di salut dengan perisa yang pelbagai. pun bagitu aku tidak berapa mengemari krispy kreme ini karana bagiku ianya terlalu manis dan kadang2 berminyak… tapi terpulanglah kepada selera masing2 ye tak…
pun begitu bagi aku sekarang boleh dikatakan banyak pulak francais donut ni, and kalau pergi memang tak pernah lekang dengan orang, lebih2 lagi muda mudi, walaupun harga satu donut rm2.50, tapi yang penting tempat lepaknya cool, memang jadi pot la kan…
pada aku antara dunkin donut, big apple, j co dan krispy kreme masing-masing ada keistimewaan sendiri. kalau korang suka donut, cube try, mesti nak lagi… hehehe
Published in: on June 15, 2009 at 10:33 am  Comments (2)