rasa jauh

hati ini rasa berat…
berat untuk menerima kenyataan…
sekali lagi, mimpi ngeri ini menyinggah…
tidak mungkin aku harus tempuhinya lagi…
perlu kah aku bekkorban lagi…
hanya untuk dia mengapai bintang di langit…
aku gembira untuk dia
aku bangga kejayaan yang dicapai…
aku dapat lihat masa depan dia yang cerah
ku ingin lihat dia berjaya…
ku ingin lihat dia di puncak…
tatapi perjalanan ku masih panjang….
aku masih lagi di bawah…
masih banyak lagi onak yang perlu ku lalui
ku lihat nya dari jauh….
terlalu jauh untuk ku genggam kembali tangannya…
perlukah aku menunggu?
atau mungkin melepaskannya/
sanggup kah aku menunggu lagi?
sanggup kah aku melalui ini sekali lagi?
mampukah aku bertahan…
penantian adalah sesuatu yang menyeksakan…
aku rasa dia semakin jauh pada ku….
aku berdebar…
aku takut….
sungguh takut membayangkan diriku pada waktu itu…
peritnya rasa…
bila berjauhan..
alangkah bagusnya jika aku dapat mengawal masa…supaya aku dapat perlambatkan waktu ini….supaya pemergian ini lama lagi….
walaubagaimana pun…aku redha dengan ketentuan ilahi…
jikalau itulah takdirnya…aku pasrah…

Advertisements
Published in: on December 25, 2008 at 7:40 pm  Comments (8)  

skodeng Pierre Andre shooting

on scene hana hani coklat strawberry

on scene hana hani coklat strawberry

hari ni sekali lagi team cam aku pergi shoot episod Pierre Andre… kali ni team kami dapat shoot Pierre direct drama; tajuknya Hana Hani Chocolate Strawberry yang dijangka ditayangkan di ASTRO RIA MAC 2009…jangan lupe tengok tau…

Apa yang kami dapat tengok relax jer cara Pierre ni direct… dia tak garang…tapi serious when it comes to work…sebelum tu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penerbit teledrama ini iaitu Liza Johor dan Diana Johor kerana melayan kami dengan baik dan memberi kebenaran kami mengikuti sepanjang pengambaran ini…. btw lupe nak bagi tahu, scene yang kami sempat cover ni adalah scene terakhir iaitu scene perbualan di rumah…. nak tengk macam mane seriousnya Pierre masa direct tengok gambar ni..

serious nya Pierre!

serious nya Pierre!

Bagaimanapun Pierre amat komited dengan kerjanya sebagai director… apa yang CAM tahu, teledrama Hana Hani Chocolate Strawbery ni merupakan telemovie pertama dia direct. So Mac tahun depan kita tengok hasil sentuhan Pierre ok…

pengarah muda

pengarah muda

team CAM juga bekesempatan menemubual kembar dalam telemovie ini yang juga merangkap kepada penerbit Hana Hani Chocolate Strawbery iaitu Diana dan Liza Johor. Diana dan Liza juga pernah berlakon dalam beberapa filem seperti sembilu dan iklan-iklan…. mungkin ade sesetengah tak kenal kembar ni …tengok gambar ya apa lagi…

CAM dan penerbit kembar

CAM dan penerbit kembar

ha…dah kenal dah? kenapa kembar ni pilih pengarah muda sebagai pengarah untuk cerita sulung terbitan mereka? Menurut Diana dan Liza, mereka sangat kagum dengan filem 9 septermber arahan Pierre; dari segi penggunaan shot dan cerita… selain daripada tu Pierre merupakan pengarah muda, jadi Pierre merupakan pengarah yang paling sesuai untuk pengarah genre teledrama yang berunsurkan pelajar kolej ni. So aku sempat tanya, bagaimana Pierre ni sebagai seorang pengarah? Bagi kembar ini, Pierre jenis yang tenang dan cool, tidak cepat marah… jikalau ada kesilapan, Pierre akan tegur cara baik…. dan kerana itulah mereka sangat penyenangi cara bekerja dengan Pierre…. Oleh kerana usia muda, sepanjang pegambaran, keadaan tidak tertekan, tetapi penuh dengan gelak ketawa….

So…selesai lah sudah mengikuti pegambaran drama sulung Pierre…apa lagi posing maut time… ehehhee

me itik and intan

me itik and intan

kelakar pulak gambar sebelah kiri ni…actually kami cuba untuk menonjolkan team epl yang kami sanjungi…wakakka… tapi aku sorang je tak pakai baju Man U!!!

Published in: on December 25, 2008 at 6:39 pm  Leave a Comment  

finally….

finally… everything settled…..

its the burden that i hold for all this while…

its a guilt that i keep inside..

no more hanging… just memories…

as i think back  and i realized…its been 1 year…

1 year for him to let me go…1 year to find a new love…he ended our chapter…and now he open a new book… now im a history..

for you, my angel, i hope joy and hapiness surrounded you….its the end for me…and its a new life for you…. wishing you…happy life

Published in: on December 21, 2008 at 4:58 pm  Leave a Comment  

one on one- Genevie Kam

Genervie Kam

Genervie Kam

Genervie Kam…. mungkin orang akan ramai kenal dia jika aku bagi clue antara pengajar AF6….haa dah ingat? ini lah orang yang aku jumpa pada 18/12/08….

kenapa aku interview dia ni? Kerana Gen adalah orang yang paling banyak bekerja dengan Ramli MS ( CAM episod Ramli Ms)…. dan Gen juga direcommend

oleh Ramli MS sendiri… so wajib interview dia ni…. Pertemuan CAM dengan Gen ni kat rumah dia… first2 dia cakap dia ada studio…so like cool la… so far aku happy giler sebab dapat studio–sebab lighting dia cantik dan menunjukkan yang ianya berkenaan muzik…alhamdulillah… oh mana tah aku tadi, ok rupanya studio dia kat rumah dia… rumah dia pulak memang macam jungle… tema flora dan fauna… even gate dia pun kayu dan Gen kata bapak dia sendiri yang deco rumah tu….

so kitorang pun tengok studio dia… perghhh studio yang sangat lengakap… cantik pulak tu… according tu mummy Gen dia cakap memang studio ni lengkap tapi untuk practice can la tapi for buat album tak boleh…and studio ni dorang beli sket-sket.. so lama-lama jadi studio… di bawah ini aku tunjukkan gambar suasana studio dia…amacam?

studio Gen

studio Gen

ok mari aku cerita kan sikit siapa Genevie ni since aku pun baru tahu pasal asal usul dia masa aku iterview dia… ok dia ni sebenarnya lebih kepada pemain violin dan juga organ… dia belajar kat overseas dan dia juga telah menerima anugerah daripada raja england…hebat kan…sebab dia pelajar terbaik di sekolah kat sane… kire macam dia ni dapat anugerah Naib Chanselor kat uni dia dan kerana kepandaian dia dia dapat anugerah dari raja…haa tini bukan hebat lagi ni…ini super hebat! so Gen ni banyak dapt undangan main violin kat event seperti era, okestra, aim juara lagu dan macam2 lagi…kat Thaiwan dan China pun dia  pernah main….so detik dia kenal Ramli MS ni 4 tahun sudah mase dorang same2 bekerja untuk buat satu event… so daripada situ Ramli banyak guna kan khitmat Gen… dorang ni bukan rakan sekerja je tahu tapi memang member kat luar..even Ramli Ms pun selalu bertandang kat umah Gen ni main pool… family Gen pun dah anggap Ramli mcam family gak…

diringkas kan cerita disebab kan Ramli MS sekali lagi dilantik menjadi pengetua AF6, maka Ramli memilih Gen untuk menjadi cikgu muzik…ha… jadi daripada tak glamor jadi glamor la kan…ade juga orang gossipkan Gen ngan Ramli pasal dorang akrab tapi they just friends ok….

baru aku tahu si Ramli ni suka makan keropok dan juga kari kepala ikan masakan ayah Gen. setiap kali datang memang Ramli tak tahu malu mintak dua benda tu…sememangnya Ramli ni mengikut Gen bukan kaki perempuan macam orang duk cakap tu…tapi Ramli ni mungkin senang didekati… aku pun dah jumpa Ramli MS ni… secara jujurnya Ramli ni memang sempoi habis….mana ade garang! tapi tak dinafikan oleh Gen, when it comes to work, Ramli mcam orang lain… dia memang serious…apa yang dia nak itu la dia nak… and dia akan make sure dia dapat…kalau dia tak puas ati dia akan maki depan2…mungkin sesetengah orang tak kan puas ati…tapi mengikut Gen, dia take it as a motivation untuk menjadikan dia lebih bagus…dan tengok, dia memang super bagus!

Selesai sudah interview bersama Geneview, kami pun mengambil kesempatan melihat hasil karya Gen… best2 tengah borak borak pasal Ramli MS tiba-tiba dia cakap adek dia Arthur pun pernah bekerjadengan Ramli dalam beberapa occation yang besar seperti AIM dan Juara Lagu… lah aku pun tak tahu…apa lagi shoot adek dia sekali la… adek dia ni pun tak kurang hebatnya dengan kakak dia…. adek dia teror dalam main drum dan juga pokashen (aku tahu salah eja)… dan adek dia juga telah dinobatkan dalam Malaysian book of record pemain drum yang paling muda di Malaysia!!! haaa gempak tak… kitorang pun sempat interview dan tengok dia main drum dan pokashen… memang super la beb…

bersama Genervie

bersama Genervie

Aku rasa kali ni bukan sahaja aku bertuah dapat interview 2 orang penting yang pernah bekerja dengan Ramli, tetapi, Gen dan keluarga tidak lokek berkongsi gambar Ramli, paper cutting AF6 dan macam2 lagi…. keluarga Genervie juga banayak membantu kami dalam memilih gambar… kami juga berkongsi cerita dan melihat suasana rumah Gen yang sangat indah dan dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan…. ermmm best la… ape pun all the best Genervie i salute u!

Arthur main drum

Arthur main drum

Published in: on December 20, 2008 at 4:07 pm  Comments (1)  

bertemu lagi dengan Pierre

itik-pa pierre

itik-pa pierre

hari ni team c.a.m bertemu lagi dengan Pierre Andre…kali ni kami shoot aktiviti Pierre di waktu lapang…

apa yang dia suka buat erk? multitasking celebrity yang berumur 23 tahun ni tak macam remaja lain yang suka melepak di luar dan enjoy sana sini….Pierre adalah indoor person… aktiviti lapang dia akan diluang kan di rumah….

apa hero ni buat kat umah? Pierre ni suka tengok dcd..he is a dcd guy…hehehe banyak gile collection movie yang dia ada… dari cerita hollywood ke jepun and kartun… cerita movie romantik notebook, merupakan cerita jiwanya… kata pierre ” sape nak kenal pierre andre kene tengok cerita ni” …dia amat mengkagumi director ….. yang mendirect cerita Babel dan sebagainya… dalam bilik Pierre ni yang uniknya adalah dia takde katil…dia suka tilam…macam ala2 jepun la…haa tilam dia bukan sebarang tilam, tilam berharga rm5000 nok…ehehehe aku dah try duduk…best gile…sesuai la dengan harganya…. aaa lagi Pierre peminat sponge bob square pants…tapi watak yang paling dia minat adalah mr patrik… hehehe and dia pun ade set monopoly sponge bob! apa lagi ekkkk….. deco bilik Pierre ni semua Pierre yang reka…simple tapi cantik…tema warna adalah merah his favourite color…satu lagi yang best dia peminat man u!!!!sama la kita Pierre! yang jeles nya dia ada baju man u yang belakang nya ada nama andre! giler jeles!!!

oh ya kami ada buat re-enacment Pierre main gitar…boleh la main skit2…and shoot dia dan itik tengok tv… tengh shoot boleh buat lawan…Pierre memang best! btw kami pun ada mengambil  kesempatan interview dia…kali ni more into future… aku ade tanya, ciri2 wanita idaman

1. kene tahu pasal movie

2. kene macam dia

3.gila2 macam dia…

yang penting nya…. PIerre ni single ya cik akak kat luar sane tu… haaaa sape2 yang minat dia ni boleh le masuk harum sekarang! hehehe….

semasa shoot di cinema

semasa shoot di cinema

ok…selesai shoot kat bilik Pierre kami pergi pula tengok wayang bersama Pieere kat Galaxy… ingat kan susah nak shoot kat cinema sebab kene minta kebenaran ke bagai tapi rupanya cakap je nama Pierre tterus kasi kebenaran…ni la best nya jadi celebrity nih! tak payah hitam putih terus boleh shoot….. so aku ade ambil la kesempatan ni amek gambar kenangan bersama Pierre…bila lagi la kita jumpa dia ni pun tak tahu….selepas abis shoot kat cinema, kami minum di di tempat berhampiran cinema….and Pierre belanja makan kebab!!!( macam kebab la)

so…habis la shooting bersama Pieere…maybe akan ketemu lagi dengan artis ni 23 aribulan kalau tak silap…kali ni nak tengok dia direct la…kita tengok macam mane dia bekerja di sebalik tabir…ok? bertemu lagi!

Published in: on December 19, 2008 at 3:24 pm  Leave a Comment  

one on one-hellen yap

pose istimewa for C.A.M

pose istimewa for C.A.M

dsc_7967

sesi interview Helen Yap

Helen Yap, mungkin orang pernah dengar nama ni mungkin ade orang tak kenal langsung. Mungkin tak ramai yang berpeluang berjumpa dengan wanita ini, dan tak ramai yang berpeluang untuk bekerja dengannya… Siapa Helen Yap ni?

Kebiasaannya Helen ni dikenali di kalangan orang2 muzik. Sebab dia seorang komposer, pengubah, pencipta dan pengarah muzik yang sudah lama dalam berada dalam bidang muzik. first time berjumpa dengan dia tak sangka kecil je orang nya, lebih kecik dari aku pulak tu…..berambut pendek buat kan dia nampak lagi muda dan dia sangat fasih berbahasa melayu, macam orang melayu je dia cakap…. sangat ramah dan mesra…kunjungan team Cerita Arits Malaysia di sambut dengan mesra sekali….. actually team aku ni interview dia untuk diselitkan dalam episod Ramli Ms. Ramli MS sendiri yang recomended her name… so wajib aku kene interview dia…. dia memang orang kuat Ramli….jadi apa-apa pun sume nya mostly dia cakap benda baik-baik je…. ade juga yang dia cakap off record kat aku, dia tak deny yang Ramli ade something dengan penyanyi tersohor Malaysia ( korang mesti dapat teke nya!)… Helen pun tak deny yang Ramli memang pandai mengambil hati wanita…. eheheh ( aku pun setuju) and kerjaya Ramli sekarang ni memang tak dinafikan mambawa pulangan yang lumayan…. ye lah Ramli berjaya membranding kan nama dia… kira dia macam businessman la…( Ramli pun anggap diri dia business man)…lagipun Ramli ni terkenal dengan mengarah okestra untuk award show yang besr2 macam  aim, ere, juara lagu….so resume dia tu dah tak cukup muka surat da nak tulis…tak heran la dia boleh demand kan?

ok berbalik kepada Helen…best la dia ni… macam member2 je aku dibuatnya, dia tak lokek bagi no telefon composer atau orang2/ artis2 yang boleh aku interview for episod Ramli MS ni…. Terima kasih Helen! Jasa mu dikenang….!

Lupe nak cita…aku happy juga sebab aku dapat shoot kat dalam studio… dalam studio lampu dia cantik, so background dia pun dah menunjukkan profession Helen…aggghhh aku puas hati sangat la ari tu ( semalam) btw tidak ketinggalan ingin aku ucap terima kasih kepada team aku kerana bersama2 menjaya kan sesi temu buat bersama Helen!

Published in: on December 18, 2008 at 12:41 pm  Leave a Comment  

one on one-pierre andre

dsc_83612

peminat kill bill

siapa tak kenal lelaki ini?seorang pelakon, pengarah dan penulis skrip.3 filem arahannya mendapat sambutan hangat. Maka terkenal lah Pierre sebgai seorang celebriti atau arits dan paling hangat lagi controversy yang melanda beliau; bercinta dengan wanita halimunan- Maya Darina/ Elie/Molie dikatakan orang yang sama….

bagaimanapun Pierre mengambil keputusan untuk take a break. Now dia tengah merehat minda nya yang sering di ganggu oleh wartawan2. Diterjah, aksi kejar mengejar di Mines banyak memberinya terkanan…

pada 13/12/08- adalah detik di mana Rancangan Cerita Artis Malaysia berkesempatan secara exclusive mewawancara artis controversi ni. Di kala pertemuan yang pertma aku dengan team c.am ke rumah familynnya… Pierre kelihatan sangat tenang dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya… Rambutnya boleh dikategorikan panjang, tinggi, bermisai dan berjambang… team kami disambut mesra oleh keluarganya… Di sini memang aku nak puji melangit la family pierre ni. sangat bersopan dan menghormati tetamu yang datang. Tutur kata ayahnya sangat lembut begitu juga dengan pierre. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? begitu lah sikap Pierre yang tidak tumpah seperti bapanya. ( Khatijah Tah shooting…so mami takde ( panggilan Pierre pada ibunya)

Jadi seperti artis lain kami pun menebual pierre… dari soalan dirinya, kejayaannya, filemnya dan tidak ketinggalan controversynya…. memang dah dijangkan? jadi Pierre menghadapinya dengan tenang.. soalan2 yang ditujukan rasanya soalan yang sudah ditanya sebelum ni… dan kami tidak create controversy, kami cuma mengimbas dan ingin mengetahui lebih terperinci mengenai musibah yang melanda dirinya…. Dan Pierre memberi penjelasan dengan baik sekali…. Aku bukan penyokong die…dan aku juga tidak dengan dari pihak wartawan lain. Jadi tak baiklah aku menilai sekarang…

mengenai Maya? of cos la akusoalan tu kene tanya…. dan ape yang aku boleh nampak dan aku simpulkan pendapat aku Maya tu wujud…kalau tak takan Pierre boleh cakap dengan dia di telefon kan? Pierre mengakui dia dan Maya tak pernah jumpa… ermm meaning Maya hanya menghubungi Pierre dari telefon… itusatu lah… kedua sembang-punya sembang dengan Pierre aku rasa dari bunyi Pierre berkata rasanya betullah kalau wartawan hiburan kata Maya tu sakit… Pierre pun kate…” she needs help,cari la dr psikologi yang boleh tolong anda”… dan seterusnya ialah mengenai etika kewartawanan yang diungkit oleh beliau…. aku pun belajar gak etika kewartawanan pokok pangkanya ialah aku rasa tepuk dada tanya selera.. sama ade wartawan mahu mengintepertasi etika itu sediri. semua orang ada kefahaman masin-masing. etika hanya lah guide, dan yang mahu menjalan ke tidak, terpulanglah pada individu sendiri….

mengenai quote Pierre yang mengatakan Saya bukan milik masyarakat…dan ade yang mengatakan kalau dah celebriti. bermakna dah jadi milik masyarakat… tak kira lah kejayaan atau pun perkara peribadi macam mane baik pun orang tu, mesti nak tahu… actually penggunaan celebrity milik masyarakat tu kene ubah…sukar untuk aku tulis kan dalam quote lain… tapi ya.. apabila dah jadi celebriti bermaksud, anda dikenali… anda sudah dikomersialkan… itu bezanya dengan orang lain… dan sudah lumrah manusia menyukai hiburan, dan controversy adalah bagi aku satu bentuk hiburan…. jangan kata orang Melayu je suka jaga tepi kain orang lan… lihat sahaja hollywood.. lagi teruk… sehingga ada paparazzi yang macam kamikaze tu… panjatpokok tinggi semata-mata nak skodeng apa ada dalam rumah celebriti tu…. mujur kat malaysia ni setahu aku lah takde paparazzi lagi…

berbalik kepada Pierre… panjang waktu yang kami spent bersama celebriti hangat ni… dan Pierre aku nampak sangat mengkagumi ibunya…mami lah mami, mami lah kawan, mami lah teman kerja…. dan Pierre tak lokek menunjukkan gambar dan memberi keizinan kepada kami untuk meminjam gambar2nya…. Ayahnya juga turut membantu… malah kami di layan betul2 macam tetamu…makan minum dijaga… bagusnya didikan keluarga andre ni.. menghormati tetamu yang datang….

bagaimana pun sesi intervew berjalan dengan lancar… oh lupa nak cakap… aku ade berkongsicerita mengenai filem dengan pierre.. memang bestlah borak dengan dia… umur pun sama so cerita remaja dan action menjadi pilihan… team kami akan bertemu dengan Pieere lagi… kita bersambung di post baru… good luck pierre!

Published in: on December 14, 2008 at 11:47 am  Comments (3)  

jaya bibble

Jaya who?… Jaya ni mengikut kefahaman aku lah kan…orang yang monitor segala factual programs yang bakal dikeluarkan oleh ASTRO… so sejak kehadiran Jaya ni tak dinafikan tunggang terbalik orang dibuatnya…. ya lah jaya telah mengistiharkan ‘ Jaya Bible’ untuk diaplikasikan di tempat keje aku ni… So far.. aku pernah bertemu dengan Jaya ni 3 kali… and pendapat aku… ade kebaikan dan keburukan dengan Jaya Bible ni…

Kebaikan….

1. Buatkan program kita bertaraf international

2. Memberi idea-idea dan macam mana nak susun cerita

3. IMPROVEd MY ENGLISH ( I LOVE IT!)

4. cuba sebaik mungkin untuk memahami masalah yang dihadapi…..

5. mengaku akan kelemahannya dalam tidak mengetahui culture dan orang2 kat Malaysia ni…contohnya aku yang buat Cerita Artis Malaysia ni…dia tak tahu pun sape artis ni…and dia admit kelemahan dia…n apa yang dia nak hanyalah untuk kita bagi tahu dia sape artis tu…( bagi aku ok lah tu kan)

6. Cuba menolong kami menjadi yang terbaik…

Keburukan….

1. Expecting too much because to be perfect it needs time….

2. Tak faham bahasa melayu

3. tak faham culture melayu

4. terlalu mahu kami mengikut apa yang dia nak, kalau nak buat apa dia nak, baik dia buat sendiri lah kan…ini membuatkan seseorang producer tu tak dapat nak memberikan idea creatif mereka

5. kami ade dateline yang singkat, dan perubahan yang perlu dilakukan itu mengambil masa yang panjang dan buang masa, at the end of the day bile benda dah siap nak kene bekerja for editing dan segala! agghhh

ps… ade lagi kelemahan dan kebaikan nanti aku senaraikan sebab aku nak cepat ni:)

Published in: on December 1, 2008 at 7:52 am  Comments (2)