
korang peminat donut? kalau korang tanya aku, aku ni boleh katagorikan diri aku sebagai penggemar jenis amature, maksudnya aku ni baru-baru ni jek minat nak mkan donut. kenapa aku tak suka makan donut? sebab bagi aku, masa kecik-kecik aku tengok donut ni takde variety, ye lah kalau tengok kat kantin sekolah aku tuh dorang goreng je, pastu letak gula halus… lepas tu kalau aku gigit, gile banyak minyak. rasanya? rasa minyak manis… ewww tak sedap… tapi ra-rata kawan aku sume suka sangat beli dout. maybe sesuai dengan anak tekak dorang kot…

Dunkin Dougnut Bavarian
btw, bile aku besar the first donut yang buat aku nak makan balik is donut dari Dunkin Doughnuts. sebab apa? sebab first nya ialah Dunkin dougnut mempunyai pelbagai jenis dougnuts. kepelbagaian warna dan perisa merupakan salah satu faktor yang buat aku teringin nak makan. perisa kegemaran aku? bavarian.

Dunkin Doughnuts
fuh… memang sedap abeh. eventhough dibahagian permukaan donut bavarian ni sama sahaja seperti donut di kantin sekolah aku dulu ( kecuali tiada lubang di tengah-tengh) tetapi custad di dalam emmmphh habis. dah la sedap, tak manis tak tawar, banyak pulak tu. makan satu je dah kenyang.
lepas tu dah lama-lama aku rasa dah jelak la pulak makan dunkin ni. pada pendapat aku, dunkin ni cepat habis, dah yang paling tak best, takde pun donut bau. dari dulu sampai sekarang sama perisa je… itu yang buatkan aku melupakan dunia donut ni balik… hehehe…
mungkin dulu aku rasa dunkin doughnut ni boleh concidered as the only variety doughnuts yang bermaharaja lela di Malaysia. tapi sekarang ni kedai doughnuts di Malaysia ni boleh di ibaratkan seperti cendawan yang baru tumbuh. Antara yang menjadi pesaing kepada ‘raja’ dunkin doughnut kita ni sekarang adalah

J.CO Donuts
![]()
![]()

big apple doughnuts
Big Apple Doughnuts and J CO Doughnuts. setahu aku kedua-dua francais donuts ini boleh dikatakan dibuka pada tahun yang sama. Sebagai penggemar amature donut aku tidak ketinggalan untuk merasa kedua-dua francais ini. Apa kelebihan doughnut ini? erm.. jawapannya lu rasa la sendiri. selagi tak rasa macam mane nak bezakan yang mana sedap yang mana tak kan? but apa yang aku boleh kata aku ada fabourite doughnut aku sendiri di kedua-dua francais doughnuts ni.
ha… ini lah donut kegemaran aku di Big Apple. Alien Choc namanya kalau tak silap aku. ha, kepada sesiapa yang chocoholic tu saya sarankan makan donut ni. giler tu, dalam pun ada creamchoc lagi… giler la… meleleh-leleh kat bibir aku. aku kasi donut ni 5 bintang!

Menthol Green
Gambar kiri: merupakan antara donuts yang ada di J. CO pulak. yang mane satu menjadi obsasi aku agaknya… warna hijau tu ataupun Menthol Green. Kenapa sedap sangat? sebab dia ada mint yang ditambah dengan coklat crispy… peh… combinasi yang sangat baik…. sangat sedap! berapa bintang? 5 bintang!!!
hari sabtu baru-baru ni aku bersama B-san pi lepak kat Times Square. Dok pusing-pusing cari makan sementara menunggu wayang Terminator Salvation ( 4 bintang), kami berjalan di sepanjang deretan bahagian luar Times Square. Tup2 ternampak satu lagi francais donut… apa pulak kali ni?

krispy kreme doughnuts

the making of krispy kreme
